Friday, November 19, 2010

Hati ini...



Hati ini gundah gelana..
kerana ia diketuk tanpa henti,
kerana ia memanggil tanpa senyap,
Hati ini kebisuan tanpa sebarang ucapan
takala ingin bercerita mengenai ia...,
namun jauh disudut hati ini ingin
aku membuka pintu yang selalu diketuk,
ingin menjawab panggilan yang selalu memanggil...,
kerana aku jua merasakan ia..,
Tidak semudah itu untukku lakukan
kerana panggilan itu hanya suara tanpa gerangan
kerana yang mengetuk itu hanya bunyi tanpa empunya diri,
sehingga saat ini aku tetap dengan cintaku...
menunggu ketukan dan panggilan dari ia kerana
aku berharap ia adalah utusan dari Mu ya Rabb
aku berharap ia adalah sahabat sejati yang akan
membimbingku kejalan menuju firdausMu...,
kerana aku akan tetap menunggu mu hingga
hadir seru dari yang Maha Esa....



Bahaya Lidah


  • Akan bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  • Berlebih-lebihan apabila bercakap dan berkata-kata.
  • Bercakap perkara yang tidak benar iaitu berbohong.
  • Akan berlaku pertengkaran.
  • Akan menyebabkan permusuhan daripada kata-katanya.
  • Akan bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
  • Mengeluarkan bahasa kesat(memaki hamun).
  • Gemar menyumpah-nyumpah(melaknat orang).
  • Menyanyi lagu yang bukan-bukan.
  • Terlalu banyak bergurau senda dan bergembira.
  • Suka menghina orang lain.
  • Menyebarkan rahsia.
  • Akan berjanji dan mendustai janji itu.
  • Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara besar.
  • Mengadu domba sehingga berlaku pergaduhan besar.
  • Menjadi talam dua muka, kepada orang yang berbeza-beza menabur fitnah yang berbeza-beza.
  • Memuji yang melampau-lampau.

Huraisy


Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibrail bertanya : "Hai Huraisy! Engkau handak ke mana dan siapa yang engkau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan solat. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya.Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.Kelima, orang yang suka minum arak".

Thursday, November 11, 2010

"sesungguhnya,Allah Memang Sengaja...."





Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita
dapat
menjadi penilai yang baik.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
Kasih Sayang Yang Terbaik,Khas Untuk Diri Kita.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.



Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita jadi
Manusia Yang Berjiwa Hebatnya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan oarang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang Terbaik Hanya
Ada
Bersama ALLAH.


Memang ALLAH senagaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita Lebih
Mengenali Kehidupan yang Tak Selamanya Kekal.


Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan
sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke
penghujungnya.Hari esokpun kita
sendiri tak pasti sama ada menjadi milik
kita.Gapailah keredaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.


Percayalah sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hamba-Nya yang
manadah tangan meminta dengan penuh
pengharapan hanya kapada-Nya.




Wednesday, November 10, 2010

Tiga Cahaya Pada Hari Kiamat...


Pada hari kiamat ada tiga cahaya yag berlainan :
*cahaya yang pertama seperti bintang
*cahaya yang kedua seperti cahaya bulan
*cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari


Apabila ditanya cahaya apakah ini..?Lalu dijawab:
"Cahaya yang pertama ialah cahaya cahaya wajah-wajah manusia mereka ketika didunia,mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil wudhuk apabila terdengar azan.
Manakala cahaya yang kedua pula ialah cahaya wajah-wajah manusia yang mengambil wudhuk sebelum azan.
Dan yang terakhir ialah cahaya seperti cahaya matahari, mereka didunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi".


Saturday, November 6, 2010

sejenak hati ku...




Ya Rabb.....Engkau mengujiku lagi...
dengan pandangan mata yang berbohong,
takutku untuk mengatakan benar kerna
sudah berulang kali penipuan mata menjerat
hati dan menguji cintaku terhadapMu,
Ya Allah...Ya Rahman,
aku akan cuba sedayaku untuk melawan
kata - kata akal yang sering tersalah
lagi membohongi perasaan ini...
benar,aku hampir terjatuh namun belum tentu
aku dapat tertahan dengan ujian Mu ini,
kerna ia adalah rasa yang tidak bisa dibenci
malah apalagi dicaci,
kerna ia adalah rasa yang suci lagi
diberkati ,
moga perasaanku ini diredhai dan diawasi
oleh Mu Ya rabbi,....Ya Rahim....