Tuesday, January 14, 2014

Mawar Terpelihara

Hadirmu tidak diduga,
membawa kebahagiaan buat keluarga tercinta,
matlamatmu ingin bersama-sama mereka ke syurga,
membina mawaddah, sakinah dan mahabbah bersama,
dalam usaha berda'wah pada keluarga,
Allah menguji dengan kesabaran,
agar dirimu berlapang dada dan tenang,
 kerna dengan ujian adalah tanda sayang dari Ya Rahman,
Sungguh, itulah yang dinamakan cinta,..
cinta dari yang Esa,
jatuhmu tidak gusar,
bangunmu dengan semangat yang kental,
biarpun tidak dilihat manusia,
cukup dirimu mawar yang dipandang Maha Pencipta,
mawar yang tersembunyi,
mawar yang indah mewangi,
tidak mudah ditemui,
apalagi untuk menemui,
 ia bukan mawar untuk di cari,
bukan pula mawar yang menjadi perhatian ajnabi,
kerna dia mawar terpelihara,......


Pergi ,...



Aku harus pergi,
pergi dan barangkali tidak kembali,
bukanku ingin melarikan diri,
tidak pula aku bersembunyi,
namunku ingin pergi mendekatkan hati pada Ilahi,
dan aku harus pergi,...
Maafkan diri kerana tindakan ini,
Kerana Allah aku harus lakukan,
kerana Allah aku harus tinggalkan,
dan kerana Allah aku lepaskan,
Mungkin di sana aku mengenali diri dan lebih mencintai Ilahi,
genggaman dunia yang dulu aku kejarkan,
Akhirnya cengkaman hati ini aku lepaskan,
kerana ia adalah jalan terbaik dalam membuat pilihan,
hatiku, jiwaku, hidupku hanya untuk Ya rahman,
dan permergianku ini juga semata-mata kerna Dia dan atas keizinan Nya
sebaik-baik Perancang dalam menjalani kehidupan,...

Pena Menari

Pena menari... ermm, macam x kena je tajuk tu sebab, yang sedang menari adalah jari jemari diatas lappy..hehe ^__^
Laju jari ingin mengkhabarkan sesuatu, tapi tidak semua dapat dikhabarkan...tambahan pula, waktu tidak mengizinkan,mungkin sampai disini. Nur sajikan 2 puisi sebagai sajian terakhir,..
sebelum nur pergi belajar dan mungkin sudah tidak punya waktu untuk menceritakan lagi.
Doakan Nur , semoga Doa tu berbalik kembali pada yang mendoakan...


Wednesday, December 18, 2013

Aku jatuh cinta ,...

" Aku jatuh cinta.." , mak aiiih....tajuk dia, *gosok mata*
bila sebut je cinta, haaa...ade yang senyum sendiri, termenung jauh sampai afrika, dan ade juga yang mengalirkan air mata tidak semena.
CINTA, banyak pandangan mengenai defenasi cinta, kelebihan,kekurangan,faktor,persoalan mengenai 5 huruf ini...,
Cinta dalam islam tidak dilarang, kerana ia berada diluar kendali manusia.Dalam Al-Quran disebut :- 
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan, iaitu wanita-wanita.." (Ali-Imran :14)

ok, sekarang kita lihat pula definasi cinta mengikut Al-Hujwiri, salah seorang ulama' tasawwuf, dalam kitabnya Kasyful Mahjub. Ia menjelaskan beberapa istilah cinta dari berbagai kata dalam bahasa arab. Mahabbat (cinta) dikatakan berasal dari Hibbat, yang bererti benih-benih yang jatuh ke bumi di tengah gurun tersebut(hibb), oleh kerana cinta merupakan sumber daripada kehidupan yang adil sebagaimana benih yang merupakan asal tanam-tanaman. Seperti halnya jika benih-benih itu diterbarkan di gurun, mereka lantas terpendam di bumi dan hujan diatasnya dan matahari menyinarinya dan panas serta dingin lewat atasnya, namun benih-benih itu tidak terpengaruh oleh perubahan musim, namun tumbuh dan memunculkan bunga-bunga dan memberi buah, begitulah cinta,..Bila ia memilih tempat kediamannya dalam hati , tidak terganggu oleh kehadiran dan ketidakhadiran oleh suka atau duka oleh perpisahan atau penyatuan,..
fahami dan hayati dengan hati, bukan mengikut hawa nafsu sendiri,..
disini Nur ingin berkongsi sedikit kisah Nurcintailahi...
Aturan perjalanan hidup kita adalah sebaik-baik rancangan dan ketentuanNya, tiada yang dilahirkan sempurna namun kita masih bisa berusaha dan cuba untuk sempurna sebaik-baik seorang hamba yang bertakwa.
Kehidupan Nur sama dengan remaja lain, dari sekolah rendah, Nur seorang yang sangat Hyperactive, nakal,suka kacau orang, bising2, malas study, suka ikut kawan2,  biasalah budak2…tapi sebab tu ummi risau dengan Nur  then after sekolah rendah, ummi hantar Nur dekat sekolah lain dimana sekolah x de kawan2 Nur yang dlu. So dari situ Nur jadi senyap, dah tak macam dulu, kat sekolah baru ni Nur ade kawan tapi susah dah nak cari yang betul2 rapat,.so.Nur lebih suka sendiri dan buku je teman Nur, mungkin kerana sedikit ilmu dari bacaan,
 Nur mula mencari kehidupan, mula memahami agama, dan Nur mula faham menutup aurat dengan sempurna,pakai handsock,tudung dilabuhkan menutup dada, walau tidak labuh  tapi konsep sebenarnya adalah yang paling penting menutup aurat dan kalau ada masalah mengenai agama Nur akan rujuk kepada ustazah yang Nur rapat. After one year(form 2), kami kene pindah ke Selangor, sebab baba kene tukar ke sini, so bile Nur kene pindah sekolah kt KL lagi banyak cabaran, sangat banyak…Nur takut nak berkawan dengan diorang sebab kat sekolah Nur ramai sangat yang social, pergaulan bebas dah macam asam garam dalam kehidupan diorang, so Nur jadi semakin pendiam x banyak cakap kecuali yang penting je, itupun dengan kawan perempuan kalau kawan lelaki lagilah Nur tak cakap…kat sekolah Nur banyak habiskan masa kat library, banyak buku2 agama yang  Nur baca, so sedikit mendalam pasal agama, dan pada masa yang sama banyak sangat dugaan yang Allah beri,banyak sangat..kadang2 rasa tak tertanggung, banyak masalah yg dihadapi tapi Nur pendam je, oleh sebab memendam rasa akhirnya terluah dalam setiap Doa, Nur kerap menangis tanpa pengetahuan sesiapa selain Allah dan dari situ juga Nur sedar tiada tempat untuk bergantung selain Allah juga mula jatuh cinta pada Ilahi, Nur mula cari zikir2, amalan tertentu utk lebih dekat kepada Allah, …pada tahun yg sama juga, Nur dapat sebuah mimpi, Mimpi didatangi Malaikat maut dimana tiada rupa paras nya, yg jelas kelihatan adalah suatu cahaya yg mendatangi yg terang,iaitu bahagian belakang cahaya matahari pagi dan yg jelas dihadapan cahaya putih , Kedatangan malaikat tidak berbicara melalui kata tapi faham dan mengerti apa yg ingin disampaikan, malaikat itu memberi sepersalinan kainputih untuk dipakai dan mengikutinya naik keatas sebelum naik Nur sempat membaca sesuatu ayat yang Nur simpan tapi Nur lupa apa ayat yang Nur baca tu, setelah Nur tukar pakaian yg diberi, sekelip mata Nur sampai di sebuah seolah-olah perhentian dimana terdapat ramai hamba Allah berpakai putih,Nur lalu je kat tempat tu, ramai sgt makhluk Allah yg berpakaian seperti Nur, hampir ke penghujung tempat then malaikat berkata(melalui hati) , “sekarang tiba masa utk naik,dan bertemu dgn Allah”, Nur igt sgt ayat ni,jelas apa yg disampaikan…tapi dlm sekelip mata juga Ayah Nur kejutkan utk Solat subuh,……x sempat habiskan mimpi tu…..Allahurabbi….bangun je dari tidur Nur rasa macam tak percaya, adakah Nur masih hidup atau sebenarnya Nur dah mati, banyak kali Nur basuh muka rasa macam lain sangat,takut,risau,rasa nak menangis je, seminggu Nur menangis, badan Nur rasa lain dan rasa sejuk tak berpeluh langsung walau seharian kat sekolah sebab tu Nur ingat Nur akan mati dan  Nur tak bagitahu sape2 pon…setiap kali solat mesti menangis takut sangat sebab mimpi memang sangat jelas hingga sekarang masih segar dalam ingat. Lepas seminggu barulah Nur berani cerita mimpi Nur kat ustazah, ustazah nasihatkan kat Nur untuk menjadikan jika ia mimpi yang baik,maka ia dari Allah dan untuk mengingatkan kepada hambaNya, nasihat ustazah agar Nur selalu mendekatkan diri pada Allah,selalu baca al-Quran,solat malam, dan perkara2 yg mendekatkan kita padaNya…Alhamdulilah, lepas Nur cerita kat ustazah Nur tenang kembali, banyak ingat Allah, InsyaAllah…lepas 2 tahun kat sekolah tu, Nur pegi sekolah Teknik, Nur dapat ramai kawan yang membuat Nur lebih dekat dengan agama, saling manasihati dan menegur, Nur juga selalu habiskan masa terluang dengan al-quran,cuba hafaz surah2 tertentu jika berkelapangan waktu,…namun ujian dan dugaan Allah tidak pernah berakhir untuk menguji keimanan hambaNya, Nur tempuhi dengan redha dan bersangka baik pada Allah, cukup Allah dihati, perubahan/Hijrah Nur tiada siapa yang perasan termasuk family Nur, sebab perubahan Nur sedikit demi sedikit dan bermula dari hati, Cinta Allah masih disini(tangan didada) setia menanti hingga kefirdausi,...
Cinta yang Allah campakkan kedalam hati masih utuh ditambah dengan kerinduan pada Rasulnya...Allah, suatu nikmat yang sangat ajaib didalam hati, tatkala disapa cinta manusia...hati mula keresahan, bimbang cinta pada Nya manjauh....Alhamdulilah, Allah masih mengekalkan secebis cintaNya,...



 

Tuesday, December 17, 2013

Dibalik secebis kain...

Sekadar perkongsian dari pengalaman Nur,

Ada yang memandang dengan penuh hairan, ada yang memandang dengan kebencian, ada juga yang cuba lari , barangkali pemakaianku seakan hantu...tertawa sendiri didalam hati. Bila ditanya..." tidak panaskah pakai macam tu..? ", " x rasa pelik ke macam tu..?", "kenapa nak kena pakai macam tu.." . Aku cuba berdiam sambil tersenyum, biarpun hanya kelihatan mata sepet tanda aku senyum sudah memadai menjawab soalan dengan hikmah. Bermula aku ingin begini dari aku dibangku sekolah ( Tingkatan 5 ). Dan aku cuma diam sendiri, pendam dalam diri.Ini semua gara-gara diari wanita iaitu diari aku mencatit segala apa-apa yang berlaku disekelilingku...didalam diari itu terdapat banyak kata-kata hikmah untuk wanita, mulia seorang wanita dari pandangan Islam,...Allah....beruntung aku dilahirkan seorang wanita,Syukurku kehadrat Mu Ya Rabb.....Antara kelebihan wanita adalah :-

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapa ,doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
dan ketika aku membaca kelebihan wanita yang terakhir itu,....lantas hati aku bergetar hebat, air mata laju menitis seakan ada sesuatu yang menusuk ke hati. Dan setiap kali aku membacanya setiap hari, setiap kali itu lah aku merasa perkara yang sama berdebar dan menangis...Allah, dari situlah bermula aku ingin berpurdah.
Namun tidak semudah itu, banyak dugaan, cubaan sebelum aku bisa benar2 memakai secebis kain diwajah, hanya Allah saja yang tahu... dan kerana ujian Allah ini mengajar dan mentarbiyyah aku agar tidak mudah goyah dan jatuh dek kerana hinaan dan tohmahan manusia juga tujuan pemakaian sunnah isteri Nabi s.a.w . Pada pertengahan 2012, aku ditemukan dengan seorang niqabis, dari situ Allah mudahkan lagi untuk aku dengan atas nasihat dari niqabis juga sahabat aku. Oleh kerana, usaha dan tekad aku memberanikan diri memakai niqab di tempat pengajian(ipta) memandangkan tempat pengajian aku tidak membenarkan pelajar memakai purdah tanpa bersurat dan tidak membenarkan langsung kepada sesetengah jurusan untuk memakai, aku memberanikan diri memakai secara sembunyi tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuklah teman sebilik. Aku keluar ke pekan berdekatan bersama sahabat niqabis dan aku berniqab secara sembunyi pada waktu pagi, di pekan ramai pelajar yang mengenali sahabat niqabis memandangkan dia memakai purdah dan dibenarkan berpurdah didalam kawasan kampus. Banyak mata yang memandang untuk mengetahui siapa dibalik kain hitam,lantas aku menjauhkan pandangan mata dan ketika bersama sahabatku juga aku menerima hinaan pertama dan pandangan yang jelek dari manusia, bermula dari hinaan itu aku kuatkan hati agar bisa menerima apa jua pandangan manusia pada masa akan datang.
Dan dari pertama kali aku keluar bersama sahabat niqabis aku itu lah aku nekad memakai hingga kehari ini atas keizinan ibu ayah . Alhamdulilah...Allah permudahkan urusanku, walau ujian Nya turut bersama dalam menyusuri perjalananku disini...
"ingat! pemakaian ini bukan bertujuan untuk dipandang apalagi menjadi perhatian, namun ia untuk mendekatkan diri dan mencari keredhaan Ya Rahman...."
" Wanita Solehah itu tidak dilihat juga tidak diperlihat..." tidak perlu menonjolkan diri untuk menunjuk pada umum, tanpa sebab... " Yang tertutup itu indah dilihat umum, akan tetapi, yang tertutup itu lebih indah tidak dilihat umum.."

si pengemis kehidupan

Dilorong-lorong itu,
kita mencari secebis kemanisan kehidupan dalam menjalani ujian dari tuhan,...
ujian itu kehidupan,
ujian itu kekuatan dalam meneruskan perjalanan,...
dan ujian itu kasih sayang sebagai tanda dari tuhan,...
Teruskan melangkah...teruskan berjalan...
Bina jambatan harapan bertali ketakwaan, 
berbatu kan iman,
kukuhkan ia dengan keyakinan pada Sang Pencipta...
Dimana ada harapan,tujuan dan impian...disitu kita gantung setinggi-tinggi kepercayaan pada Nya dengan Usaha dan Doa berpanjangan...

Sunday, December 2, 2012

Wujudnya diriku di perhentian ini….

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti.....moga sentiasa dibawah perlindungan Allah , InsyaAllah....
Fuuuuhh...fuuuhh....da berhabuk sangat blog Nur, lama sangat Nur tinggalkan blog ni tidak berpenghuni. Dikesempatan kelapangan waktu ni, Nur nak kongsi sedikit cetusan rasa buat mereka yang masih setia mencari hikmah kehidupan,...

Wujudnya diriku di perhentian ini….

wujudnya aku di perhentian ini untuk menggapai cinta suci Mu,
untuk aku menanti cinta-Mu diperhentian ciptaan-Mu,
untuk aku mencedok ke redhaan-Mu serta merasa kemanisan iman walaupun setitis darimu,
Kerana sudah cukup untuk  menerangi cahaya pelita hatiku,
Disini Engkau menguji keimananku,
Engkau mengujiku dengan pelbagai kepayahan dan keperitan,
Namun adakalanya aku tewas dalam untuk memeranginya,
walaupun begitu,aku tidak akan pernah serik untuk memperjuangkan cintaku terhadap-Mu,
untuk aku terus mencari kemenangan diperhentian-Mu ini, sehabis-habis,….