Monday, December 20, 2010

Sebuah kisah cinta agung...


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya…

Pagi itu walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu..Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah…

“Wahai umatku..kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya ku wariskan kepada kalian, Al-Quran dan Sunnahku…barangsiapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku…”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap para sahabatnya bersatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar, dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya telah tiba... Rasulullah akan meninggalkan kita semua. Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.. Tanda-tanda itu semakin kuat… Ali dan Fathal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Di saat itu, kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu...

Matahari kian tinggi, tetapi rumah Rasulullah masih tertutup rapat..tiba-tiba dari luar terdengar seseorang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.?

Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.?

“Maaflah,ayahku sedang demam,”kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.?

“Siapakah itu wahai anakku?”?

“Tak tahulah ayahku,orangnya seperti baru sekali ini aku melihatnya..”tutur Fatimah lembut.?

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan . seolah-olah, bahagian demi bahagian wajah anaknya itu ingin dikenang.?

“Ketahuilah dialah yang menghapus kenikmatan yang sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.”?

“Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah.?

Fatimah pun menahan ledak tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan mengapa Jibrail tidak ikut sama menyertainya.?

Kemudian dipanggil Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.?

“Jibrail, jelaskan apa hakku di hadapan Allah nanti?”Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.?

Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.?

“Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,”kata Jibrail.?

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak gembira mendengar khabar ini?” Tanya Jibrail lagi.?

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”?

“Jangan khuatir Ya Rasulullah, aku pernah mendengar Alllah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad sudah berada di dalamnya,” kata Jibrail.?

Detik-detik semakin dekat saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.?

“Jibrail betapa sakit sakaratul maut ini” perlahan Rasulullah mengaduh.?

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibrail memalingkan muka.?

“Jijikkah kau memandangku, hingga kau palingkan wajahmu Jibrail? Tanya Rasulullah kepada Malaikat penghantar wahyu itu.?

“Siapakah sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal” kata Jibrail.?

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.

“Ya Allah! dasyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut kepadaku, jangan kepada umatku”?

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya seakan bergetar membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushikuum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantara kamu.”?

Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajah dengan tangannya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.?

“Ummati…Ummati…Ummati…”?

Dan..berakhirlah kisah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaih. Betapa cintanya Rasulullah terhadap kita. Dan cinta itu..akan kami buktikan…?

Saturday, December 18, 2010

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujud ku....




SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"

Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"

Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."

Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir
tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...

Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah
dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Wednesday, December 15, 2010

ciptaan agung~Nyamuk


Kita sering menyangka nyamuk adalah seekor haiwan terbang. Sebenarnya, nyamuk menghabiskan peringkat pembentukannya di bawah air dan keluar daripada air melalui satu "bentuk" istimewa yang dihasilkan dengan semua organ-organ yang diperlukannya.
Nyamuk mula terbang dengan sistem pengesan pada punggungnya untuk mengesan kedudukan mangsa. Dengan sistem-sistem ini, ia seperti sebuah kapal terbang perang yang dilengkapi dengan pengesan kepanasan, gas, kelembapan dan bauan. Malah ia juga mempunyai kelebihan untuk "melihat bersesuaian dengan suhu", ia membantu nyamuk mengesan mangsanya walaupun di dalam gelap gelita.

Teknik "menghisap darah" nyamuk juga memiliki sistem yang kompleks. Dengan sistem enam pisau pemotong, ia memotong kulit seperti sebilah gergaji. Ketika proses pemotongan ini berjalan, satu perembes yang merembeskan ke arah luka tersebut akan mengebaskan tisu-tisunya dan orang tersebut tidak akan menyedari darahnya sedang disedut. Perembes ini juga, pada masa yang sama, menghalang pembekuan darah dan membantu meneruskan proses penyedutan.
Dengan kehilangan walau satu daripada sistem-sistem ini, nyamuk tidak akan dapat menghisap darah dan meneruskan generasinya. Dengan rekaannya yang istimewa, makhluk kecil ini merupakan satu bukti tanda Penciptaan. Di dalam al-Quran, nyamuk telah ditegaskan sebagai satu contoh yang membuktikan kewujudan Allah kepada manusia untuk memahaminya:

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (Surah Al-Baqarah:26)

"Dimana adik nak cari Dia...?"


Ada seorang adik seibu susuannya.. Tanya pada abang kesayangannya..

Adik: “Kat mana adik nak cari Dia abang???”

Abang: “Siapa yang adik maksudkan ni?”

Adik: “Siapa lagi kalau bukan AllahSWT… kat mana adik nak cari Allah, abang… ustaz ada kata ‘kita perlu jumpa dengan Allah walaupun sekejap sahaja’..”

Abang: “Ooo, adik abang nak jumpa dengan Allah ya…. Erm.. memang kita perlu berjumpa dengan Allah walaupun sekejap sahaja.”

Adik: “Tapi kat mana?, mana adik tau Allah kat mana…”

Abang: “Ok.. kita, kalau nak berjumpa dengan Allah, kita perlu jumpa ketika orang lain tidur dibuai mimpi.. Dalam surah Muzzammil dari ayat 1 hingga ayat yang ke-7.. Telah menceritakan tentang solat malam.. Kalau kita solat malam, solat malam kita boleh dapat khusyuk dengan lebih sebab tak ada gangguan.. Itu dikatakan berjumpa dengan Allah.. Kita berjumpa dengan Allah time solat.. Tapi, berjumpa dengan Allah pada malam hari berbeza sikit… Apa yang bezanya.. ialah.. khusyuk itu la… Selain itu juga kita boleh minta apa sahaja yang kita nak sebab Allah akan arahkan pada para malaikat untuk mencari siapakah hambanya yang berjaga malam untuk mencari Allah SWT, adik faham ke apa yang abang cakap ni…??

Adik: “Em… adik faham… terima kasih ya abang, sayang abang”

Monday, December 13, 2010

saksi itu si unta


Sahabat, pernah dengar cerita unta bersuara seperti suara manusia?

Ini kisah benar. Ia terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w

Ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan Muslim itu perlu dihukum dengan hukuman yang selayaknya sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya mendongak ke langit seraya berkata,

"Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."


Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w,

"Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."


Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu,

"Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"


Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang,

"Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."


Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu,

"Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."


Jawab orang Muslim itu,

"Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."


Rasulullah s.a.w bersabda

"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."


Itulah tanda kehebatan Allah. Bukan sahaja makhluk yang bernyawa boleh bersuara, malah jika Dia kehendak, batu-batu di jalanan pun mampu bersuara!

Maka tiada hairan jika diakhirat kelak mulut kita terkunci dan anggota lain menjadi saksi perbicaraan kita di mahkamah Allah.

Ya akhi, waspadalah setiap langkahmu.Dan perbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW.

Friday, December 10, 2010

seruan 4 syabab


Saudaraku!

Ramai daripada kita yang mengetahui akan hadis yang menyebutkan tentang ingat lima perkara sebelum lima perkara. Ianya pernah dipopularkan dengan alunan merdu oleh kumpulan nasyid Raihan.

Hadis itu berbunyi,

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Sudah ramai para penceramah dan ustaz-ustaz berbicara panjang lebar tentang sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati. Tapi jarang sekali kita mendengar atau membaca ulasan-ulasan untuk peringatan nabi yang ditujukan khusus untuk golongan kita, iaitu masa muda sebelum hari tua. Kenapa agaknya nabi berkata ‘rebut masa mudamu sebelum masa tuamu’?

Saudaraku,

Seorang pemuda pastinya mempunyai tenaga yang banyak, desire yang tinggi dan keberanian yang tiada limitnya. Oleh itu, wajarlah kita untuk menggunakan segala kelebihan ini sebelum kita dimamah usia. Namun, cara apa yang sepatutnya kita menggunakan kelebihan masa muda ini? Adakah dengan sekadar ‘sibuk’ dengan hiburan, game, movie dan etc. Atau kita menggunakan kelebihan kita ini untuk mendidik diri dan hati menjadi pemuda islam yang dekat dengan tuhannya, dekat degan al-Quran, dekat dengan hadis dan mencintai ibadah-ibadah kepada Allah. Adakah kita kearah menjadi pemuda dunia atau pemuda Islam?

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya,pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Lihatlah, betapa besarnya ganjaran yang menunggu untuk pemuda yang punya jati diri, untuk pemuda yang kukuh hatinya, untuk pemuda yang berjiwa mukmin. Inilah sepatutnya parameter yang perlu ada dalam diri setiap remaja. Apabila berkata tentang mengabdikan diri kepada Allah, bukanlah bermakna kita perlu sentiasa berada di masjid untuk beribadah atau perlu menjadi ustaz. Tapi, pemuda yang mengabdikan diri kepada Allah adalah pemuda yang sentiasa tahu tujuannya diturunkan kebumi, sentiasa sedar perlakuan, percakapan dan apa yang terlintas di hatinya diketahui oleh yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Jika mahu berfacebook contohnya, dia tahu tahu batas-batas yang perlu ada, jika ada group discussion dengan berlawanan jantina contohya, dia tahu batas-batas yang perlu dijaga. Jika dia seorang engineer atau doktor, dia menjadi engineer atau doktor yang beriman dan bertakwa.

Sabda Baginda SAW bermaksud:

Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan.”

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah, salah seorang daripada para sahabat Nabi s.a.w. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Namanya Ta’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam,beliau selalu mengikut Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah akan khabarkan kepada Ta’labah. Suatu hari Rasulullah menyuruh Ta’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Ta’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka ditiup angin dan Ta’labah terlihat seorang perempuan sedang mandi. Ta’labah terus berkata;

” A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril beritahu kepada Rasulullah s.a.w! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”



Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada gua. Ta’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Rasulullah s.a.w menanti kepulangan Ta’labah beberapa hari namun Ta’labah tidak kunjung tiba lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Umar untuk mencari Ta’labah dan Saidina Umar terjumpa Ta’labah di tempat dia sembunyi tadi. Umar berkata;

“Ta’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”

“Kenapa, sudah turun kah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tak nak masuk neraka, aku tak nak masuk neraka.” Kata Ta’labah dalam ketakutan yang amat sangat.



Oleh sebab Ta’labah sudah sangat lemah, Umar memimpinnya balik kerumah. Apabila Rasulullah s.a.w menziarah Ta’labah, Ta’labah sedang terlentang lalu Rasulullah s.a.w meriba kepala Ta’labah tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya;

” Kenapa wahai Ta’labah?”

” Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,wahai Rasulullah” kata Ta’labah.

” Apa yang kamu mahu Ta’labah?”

” Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

” Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

” Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata:

” Wahai Ta’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”



Lalu Ta’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah s.a.w. Yang menariknya, ketika mayat Ta’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Ta’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Ta’labah dalam keadaan berjalan yang agak tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya:

” Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab:

” Kamu tidak melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Ta’labah ke kubur.”



Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Ta’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah walaupun dia tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah s.w.t. Akhirnya matinya di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Wahai pemuda berjiwa besar,

Sama-sama kita melihat kemana tujuan hidup kita diacukan, apakah kemuncak kejayaan yang kita idam-idamkan. Mungkin ramai dari kita yang mahukan kereta sport yang berkelajuan tinggi, citakan kerjaya yang beri pulangan lumayan, idamkan isteri yang lagak seperti model. Namun tahukah saudara ada sesuatu yang lebih besar dan tinggi nilainya. Itulah keredhaan dan keampunan Allah! Itulah syurga Allah!

O saudaraku....

Sama-sama kita persoalkan dimana keadaan kita pada hari ini. Apakah hati kita sudah sama seperti Ta’labah atau selama ini dibuai kenikamatan dunia.

Sama-sama kita insafi betapa banyaknya masa yang kita telah bazirkan dengan hiburan dunia, betapa sedikitnya masa yang kita luangkan untuk menggapai keredhaan Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Tangisilah, tangisilah..........dan takutklah kita kepada azab Allah.

Apakah jika Allah bertanya tentang masa muda kita nanti, kita akan menjawab dengan muka yang penuh riang menunggu balasan syurgaNya, atau kita akan menggeletar ketakutan dan bermurung kerana memikirkan azab neraka yang bakal menimpa kita?

Tanyalah diri kita sendiri, kerana kita lebih mengetahui tentang diri ini.

Memilih masa yang sesuai...


“JANGAN MENGAMBIL LANGKAH UNTUK BERPASANGAN, JIKA SUDAH PASTI DALAM SETAHUN DUA JANGKA MASA TERDEKAT TIADA KEMUNGKINAN UNTUK ANDA BERKAHWIN”

Hubungan seorang lelaki dan perempuan lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kita kepada hubungan itu. Perasaan jemu itu mungkin muncul pada tahun ketiga perhubungan, mungkin juga pada tahun keempat perhungan, malah tahun kelima juga bisa.

Namun pasti ramai dalam kalangan mereka yang berpasangan menafikan pernyataan ini kerana mereka akan memberikan hujah bahawa:

“sungguh saya tidak akan berasa jemu dengan perhubungan itu. Saya pasti. Saya tahu diri saya bagaimana”

“saya sayangkan dia kerana Allah. Saya takkan jemu untuk membimbing dia”

“saya akan berkahwin dengan dia. Saya takkan jemu dengan dia”

“Bagaimana pula boleh jemu? Perasaan sayang itu tidak mengenal jemu.”

Dan pelbagai lagi hujah yang mungkin akan diungkapkan sebagai janji mereka bahawa mereka tidak akan jemu dengan pasangan masing-masing. Hal ini bukan tidak pernah berlaku. Bahkan sentiasa berlaku.

Ramai yang cuba mengamalkan cara ‘COUPLE ISLAMIK’ dalam perhubungan mereka, walaupun mereka tidak mengatakan hubungan mereka sebagai couple tapi mereka mengamalkan apa yang diamalkan oleh orang couple.

“kejut tidur”

“sentiasa berSMS”

“bertukar-tukar tazkirah dan pendapat mengenai isu”

“call sekali sekala”

Mereka akan menggunakan pelbagai cara dan mancari pelbagai topik supaya dapat dibincangankan dengan si Dia. Yelah! Mereka jumpa pasangan itu di laman-laman sebegini yakni laman yang sentiasa membincangan mengenai Islam.

Mereka menentang couple tapi sebenarnya mereka mengamalkan couple walaupun mereka tidak mengakui hubungan mereka sebagai couple.

Apakah ciri-ciri couple?

“sayang kepada berlainan jantina (fitrah)”

“sentiasa terbayang kepadanya”

“sentiasa memikirkan dirinya”

“sentiasa ingin memberitahu semua orang bahawa dia telah dimiliki”

“sentiasa berhubungan dengannya”

“mungkin Call sekali-sekala”

“merajuk dan dipujuk”

“jika teringat akannya tersenyum”

“pasti pernah teringat akan dia di dalam solat”

“pasti teringat jika dia tidak menghubungi dan mengharapkan agar dihubungi”

Aduh! Banyak lagi sebenarnya namun, tak dapat saya senaraikan.

Benar! Anda ingin malamarnya!

Benar! Anda ingin berjumpa ibu bapanya!

Benar! Anda ingin memaknakan hubungan ini!

Tapi pasangan anda melarang kerana faktor keluarga, belajar, ataupun diri sendiri.

Maka bila boleh menghalalkan hubungan itu?

Setahun?

Dua tahun?

Tiga tahun?

Dalam jangka masa yang begitu lama pelbagai dosa ditabung… katanya mahu hubungan yang diredhai Allah.

Mahu mencari keradhaan Allah.

Maka apa yang anda lakukan itu mendapat redhanya kah??

Tepuk dada Tanya Iman!

Aiwa! Anda memang nak cepatkan pernikahan tapi masalah keluarga menentang kerana ingin anak mereka menghabiskan pengajian dahulu.

Jika sudah pasti akan ada halangan yang pasti tidak dapat ditempuhi maka mengapa meletakkan diri dalam situasi ini.

Sudah diberitahu

“JANGAN MENGAMBIL LANGKAH BERPASANGAN, JIKA SUDAH PASTI DALAM SETAHU DUA JANGKA MASA TERDENAT INI TIADA KEMUNGKINAN UNTUK ANDA BERKAHWIN!”