Friday, November 19, 2010

Hati ini...



Hati ini gundah gelana..
kerana ia diketuk tanpa henti,
kerana ia memanggil tanpa senyap,
Hati ini kebisuan tanpa sebarang ucapan
takala ingin bercerita mengenai ia...,
namun jauh disudut hati ini ingin
aku membuka pintu yang selalu diketuk,
ingin menjawab panggilan yang selalu memanggil...,
kerana aku jua merasakan ia..,
Tidak semudah itu untukku lakukan
kerana panggilan itu hanya suara tanpa gerangan
kerana yang mengetuk itu hanya bunyi tanpa empunya diri,
sehingga saat ini aku tetap dengan cintaku...
menunggu ketukan dan panggilan dari ia kerana
aku berharap ia adalah utusan dari Mu ya Rabb
aku berharap ia adalah sahabat sejati yang akan
membimbingku kejalan menuju firdausMu...,
kerana aku akan tetap menunggu mu hingga
hadir seru dari yang Maha Esa....



No comments:

Post a Comment